Petaling Jaya, 29 Oktober – Membawakan kisah perjuangan anggota polis dalam membanteras dan menumpaskan Geng Bilut penyeludupan dadah antarabangsa, filem Operasi X terbitan Dream Pictures Production ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 1 November nanti.

Dibintangi barisan pelakon seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela, Hairul Azreen, Hefny Saad, Hairi Safwan, Shima Aris, Amerul Affendi, Nashra, Nasir Bilal Khan, Rahhim Omar, Gbob, Azzahra Ahmad dan juga Zaidi Omar, filem arahan Sandosh Kesavan ini nyata bukan sahaja memaparkan kisah perjuangan demi tanahair, malah turut menyentuh elemen cinta, kekeluargaan dan persahabatan . ‘Lari’ nyanyian Dato’ Awie bersama rapper Mcfaz Stylo Fellaz juga turut diangkat sebagai lagu tema ‘OST’ bagi filem ini.

Hadir sama dalam majlis tayangan perdana yang diadakan di mmcineplexes Ecurve, Damansara malam tadi ialah penerbit, pengarah, barisan tenaga produksi, para pelakon dan rakan-rakan media.