Subang Jaya, 29 Julai- Majlis pelancaran program ‘MyMerdeka’ bersempena Bulan Kebangsaan 2017 pada hari ini telah disempurnakan YBhg. Dato’ Mohid Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang mewakili YB Menteri, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak di Pusat Membeli Belah Mydin, USJ Subang Jaya. Dianjurkan Jabatan Penerangan Malaysia bagi menyampaikan informasi kenegaraan bersempena sambutan Bulan Kebangsaan 2017, ‘MyMerdeka’ merupakan platform kerjasama strategik berupa jelajah interaktif di lokasi terpilih bersama MYDIN Holdings. Pelancaran MyMerdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan telah berlangsung hari ini di Mydin Subang Jaya. Turut hadir YBhg. Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, ketua-ketua jabatan dan agensi serta orang ramai.

FINAS sebagai rakan strategik turut mengambil peluang menyertai pameran dengan pengisian interaktif ‘Kembara Ilmu-Anak Merdeka’ dengan siri tayangan kapsul, promo, dokumentari dan filem, pameran teknologi restorasi dan pendigitalan kandungan (Mediatheque) selain program ‘MyBakat’ dengan eksplorasi bakat kreatif komuniti melalui komponen penulisan, lakonan dan pengarahan.

#negaraku
#sehatisejiwa
#mymerdeka