Shah Alam, 11 Ogos 2022 – Sekitar lawatan lokasi penggambaran drama bersiri ‘Nenek Bongkok Tiga’ yang dihadiri oleh YB Senator Datuk Seri Zurainah Musa, Pengerusi FINAS bersama YBrs. Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS.

Drama bersiri terbitan Independent Pictures Sdn. Bhd. ini merupakan salah satu projek di bawah seliaan ‘Film in Malaysia Incentive’ yang telah diluluskan kini sedang giat menjalankan penggambaran di bawah arahan YBhg. Datuk Yusry Abdul Halim. Barisan pelakon yang menjayakan drama ini adalah Sofia Jane, Sharlie Merlis, Sara Ali, Hun Haqeem,Syafie Naswip, Fimie Don, Meerqeen dan Sara Mack Lubis. Drama bersiri ini juga bakal ditayangkan di platform Viu.

Turut hadir bersama YBrs. Pn. Rozita Waty Ridzuan, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, pegawai-pegawai FINAS serta pengamal media.

Nenek Bongkok 3 5