Cyberjaya, 12 September – Di dalam aspirasi pemerkasaan industri melalui aspek perlindungan karya, keselamatan siber serta polisi kesejahteraan dan kawalselia ekosistem, YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS bersama YBrs. Encik Al-Ishsal Ishak, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan perbincangan rasmi di dalam pengukuhan kerjasama antara badan kerajaan di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya hari ini.