Petaling Jaya 8 Ogos – Di dalam aspirasi pembangunan industri menerusi platform kerjasama strategik di antara institusi kerajaan, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang diwakili YBrs. Dr. Nurzali Ismail, Dekan Pusat Pengajian Komunikasi dan YBrs. Prof Madya Dr. Juliana Abdul Wahab, Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti telah mengadakan perbincangan rasmi di FINAS Petaling Jaya hari ini. Kerjasama FINAS dan USM ini turut meneroka aspek pembangunan modal insan, penyelidikan, pembudayaan sinema dan komuniti filem, pemasaran dan polisi. Ini adalah selaras dengan peranan penting FINAS di dalam memperkasakan ‘roadmap’ dan inkubasi bakat buat generasi muda khususnya di institusi pengajian tinggi sebagai salah satu platform yang bakal melahirkan karyawan pelapis industri.