Kuala Lumpur, 26 Januari – Kuala Lumpur Film School (KLFS) dengan kerjasama Kelab Dokumentari Malaysia (DOKMA) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah berkerjasama hari ini di dalam penganjuran program perkongsian ilmu dan pembangunan apresiasi sinema, Bicara Filem KLSF: Siri Apresiasi Dokumentari yang diterajui oleh pengarah dan karyawan filem, U-Wei Hj Saari di KLFS, Wangsa Melawati.

Menampilkan panel undangan iaitu Datin Paduka Shuhaimi Baba bagi mengupas secara ilmiah daripada perspektif pembikinan dan pengarahan, falsafah, cabaran, aspirasi dan impak kepada penonton terhadap filem dokumentari arahan Leni Riefenstahl, ‘Triumph Of The Will’ (1935). Filem ini merupakan sebuah filem propaganda Jerman yang menceritakan kronologi Kongres Parti Nazi di Nuremberg sekitar tahun 1934 dan dihadiri oleh seramai 700,000 orang pendukung Nazi.

Hadir pada program Bicara Filem ini adalah para karyawan filem dan penggiat industri, pensyarah dan pelajar perfileman serta khalayak filem.