Hulu Kelang, 12 September – Di dalam aspirasi pemerkasaan kesejahteraan dan kebajikan penggiat industri melalui sinergi badan kerajaan, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS berbesar hati menerima dan mengadakan perbincangan rasmi bersama YBhg. Ustaz Ahmad Syukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dalam menjana inisiatif bersama bagi membantu penggiat industri.