Kuala Lumpur, 26 November – Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan hari ini merasmikan Program ‘1Malaysia Negaraku’ peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Padang Bolasepak Perumahan Awam Seri Johor, Bandar Tun Razak, Cheras.Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi Jabatan Penerangan (JaPen) dengan tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ yang bermula pada 24 hingga 26 November 2017 dilaksanakan dalam 2 fasa iaitu:

Fasa pertama: Jaringan Bersama Rakyat menerusi acara:

i. Aktiviti Kerohanian pada 24 November 2017
ii. Kembara Jalinan Kasih (KJK) pada 25 November 2017
iii. Kenduri Rakyat pada 25 November 2017

Fasa Kedua: Aktiviti-aktiviti Program 1Malaysia Negaraku:

i. Pemimpin Bersama Rakyat
ii. Pameran Bersepadu (Caring Bridge)
iii. Persembahan Kebudayaan/Kerohanian/Riadah

Kunjungan seramai 20,000 orang ini menjadi titik penyatuan baharu bersama rakyat yang melibatkan pameran bersepadu ‘Caring Bridge’ dengan penyertaan agensi dibawah KKMM dan agensi-agensi dibawah kerajaan yang lain, konsert 1Malaysia Negaraku yang dijayakan oleh artis PENTARAMA JaPen dan artis tempatan, pertandingan-pertandingan lain.

Tidak ketinggalkan juga, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( FINAS ) melalui Unit Promosi serta Unit Mediatheque & MOMI ( Museum of Moving Image ) yang telah mengadakan program interaktif pembangunan ilmu dan sinergi industri seperti sesi Pameran Buku, Pameran arkib dan khazanah filem, tayangan dan apresiasi filem, perkongsian penerbitan promo dan dokumentari terbitan FINAS serta pelbagai aktiviti menarik yang lain. Turut hadir bersama hari ini, Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Datuk Rizalman Dato’ Mokhtar, Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan, rakan-rakan media dan jemputan lain.