Kota Kinabalu, 18 Mac – Program Lensa Skrin sempena Festival Filem Malaysia ke-30, anjuran Persatuan SENIMAN Malaysia dengan kerjasama FINAS & KKMM telah diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Lebih 80 orang peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Fakulti Kemanusiaan Seni Warisan, UMS serta penggiat seni kreatif di Sabah telah menghadiri program ini. Pelbagai acara telah dibuat antaranya, bengkel seni lakon bersama Fauzi Nawawi, ujibakat lakonan, tayangan Filem Hantu Mak Limah dan appresiasi Filem bersama Ropie Cecupak. Turut hadir ke Program ini, Presiden Persatuan SENIMAN, En Zed Zaidi, Timbalan Dekan Fakulti Kemanusiaan Seni Dan Warisan UMS, Dr. Mohamad Puad Bebit dan wakil Unit Latihan FINAS En Azhary Md Saad.