Sekitar Program Townhall anjuran Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) di Cinematheque, Pitching Centre. Platform perkongsian integrasi ilmu dan industri ini memberi ruang komunikasi secara langsung di dalam memperkasakan pembangunan industri kreatif. Sesi pertama adalah berkaitan peranan strategik FINAS bersama YBhg Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS dan dipengerusikan Dato’ Norman Abdul Halim, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM). Di antara fokus yang dibincangkan adalah pemasaran & jaringan promosi, cetak rompak, persaingan filem import, percukaian, dana dan insentif serta kualiti pembikinan, kerjasama produksi, dasar-dasar pembangunan industri.

Sesi kedua pula melibatkan perkongsian di dalam topik ‘What Broadcasters Want’ yang dipengerusikan Lina Tan (Red Communications) bersama barisan tenaga kreatif wanita di dalam sektor kandungan mewakili penyiar tempatan iaitu Norliza Mohd Ali (RTM), Azlin Reza Azmi (ASTRO), Sherina Nordin (TV3) dan Cik Wan Rozita (HyppTV). Di antara fokus diskusi bersama tetamu ialah proses pemilihan projek, komersial vs bakat, pembangunan pasaran dan penjenamaan serta pemasaran.