Seluruh warga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada YBrs. Tn. Hj. Abd. Khalid Maulod, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS yang bersara wajib pada 26 Oktober 2019 setelah menyumbang jasa melalui perkhidmatan yang cemerlang selama lebih 33 tahun di FINAS. Semoga Allah SWT terus merahmati insan yang dihormati ini dengan rezeki dan kesihatan yang baik.