Sekalung tahniah buat dua buah filem tempatan iaitu filem cereka ‘Sangkar’ arahan Kabir Bhatia dan filem pendek, ‘Burn’ karya pengarah muda Ng Kwok Yong yang masing-masing menembusi ‘Official Selection’ mewakili Malaysia di festival filem berprestij antarabangsa, 10th Cambodia International Film Festival. Berlangsung dari 13-22 Mac 2020, ‘Sangkar’ lakonan Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah ini menjadi seleksi bagi kategori ‘International Feature Films’ bersama-sama 12 filem antarabangsa yang lain termasuklah Parasite (Korea), Once Upon A Time in Hollywood dan Bombshell (USA) serta The Cave (Thailand) manakala ‘Burn’ telah terpilih di bawah kategori ‘International Short Films’ bersama 17 karya pendek terbaik dari seluruh dunia.

1

2

3

4

5