Sekalung tahniah buat filem cereka pertama arahan Zahir Omar, Fly By Night (2018) yang telah terpilih sebagai ‘Official Selection’ mewakili Malaysia di New York Asian Film Festival (Winter Showcase) 2019 pada bulan Februari di New York USA. Tahun lalu, filem bergenre aksi drama yang dibintangi Sunny Pang, Jack Tan, Ruby Yao, Fabian Loo, Frederick Lee, Bront Palarae dan ramai lagi ini telah menjadi ‘World Premiere’ di Busan International Film Festival, ‘Official Selection’ di 13th Jogja NETPAC Asian Film Festival, Indonesia selain finalis Filem Cereka Terbaik bagi kategori Competitive Section di 3rd International Film Festival & Awards, Macau (IFFAM).

Berlangsung dari 1-3 Februari dan 8-10 Februari 2019 dengan mempertaruhkan 15 karya berkualiti pelbagai genre dari negara-negara Asia, NYAFF (Winter Showcase) ini adalah festival berprestij yang mendukung kepada pembangunan seni dan budaya melalui jaringan sinema dunia dan menjadi platform tayangan dan apresiasi melalui pemilihan bagi filem-filem kontemporari dan retro berkualiti dari seluruh Asia.

1