Program : Sidang Media Stand Up Comedy Lawak Otai by Astro
Tarikh : 27 November 2019
Tempat : The Love @ MaTIC
Kehadiran: YBhg. Dato’ Hans Isaac, Pengerusi FINAS

Objektif Program: Program ini merupakan langkah ASTRO untuk memberi peluang kepada penggiat seni veteran untuk berkarya melalui platform Stand Up Comedy Lawak Otai yang akan disiarkan pada setiap Khamis di Astro Warna dan Astro Warna HD bermula 25 Disember 2019. Program ini juga disokong FINAS bagi meningkatkan profesion penggiat seni veteran yang menyumbang kepada pembangunan industri kreatif negara melalui bakat seni mereka.