FINAS ingin merakamkan ucapan tahniah buat filem cereka tempatan, ‘Showtime 1958’ karya dan arahan Anwardi Datuk Jamil yang terpilih mewakili Malaysia (In Competition) bersama seleksi filem antarabangsa dari seluruh dunia bagi kategori Filem Cereka di festival filem berprestij antarabangsa, Cardiff International Film Festival yang akan berlangsung dari 24-27 Oktober 2020 di Cardiff Bay, Wales. Diinspirasikan daripada peristiwa benar yang dikongsi oleh seniman Allahyarham Datuk Jamil Sulong, filem ‘Showtime 1958’ terbitan Nafalia Corporation yang dibintangi Shah Iskandar, Amai Kamaruddin, Fatin Afifah, Bell Ngasri, Mubarak Majid dan ramai lagi ini memaparkan kisah perit perjuangan dan cabaran anak-anak seni di Studio Jalan Ampas suatu ketika dahulu di mana tahun 1958 merupakan tahun getir bagi karier anak-anak seni yang mula goyang apabila Malay Film Productions ditekan dengan masalah kewangan


1

2