FINAS ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada filem cereka tempatan, ‘The Story of the Southern Islet’ nukilan dan arahan sulung pembikin filem Chong Keat Aun yang telah diumumkan sebagai Filem Terbaik di festival filem antarabangsa, Istanbul Film Awards (IFA) di Turki pada bulan September 2020 yang lalu. Terdahulunya, filem lakonan Season Chee, Pearlly Chua, Jojo Goh, Mei-Sim Hoon, Ling Tang dan ramai lagi ini yang diinspirasikan daripada kisah benar yang terjadi di zaman 80-an di kawasan sekitar Gunung Keriang di Kedah ini telah menerima dua pencalonan akhir iaitu Lakon Layar Asal Terbaik dan Pengarah Baharu Terbaik di 57th Taipei Golden Horse Awards yang akan berlangsung pada 21 November 2020 di Taipei, Taiwan.


1

2