FINAS ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas buat filem cereka animasi tempatan iaitu ‘Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal’ terbitan Les’ Copaque Production Sdn Bhd yang mengharumkan nama negara di peringkat dunia apabila telah merangkul anugerah Filem Cereka Terbaik (Best Feature) di Montreal International Film Festival Animation 2019 (ANIMAZE), Kanada.