FINAS merakamkan sekalung tahniah kepada filem cereka tempatan iaitu ‘Two Sisters’ arahan James Lee yang terpilih mewakili Malaysia sebagai ‘Official Selection’ di /slash Film Festival yang akan berlangsung dari 19-29 September 2019 di Vienna, Austria. Ditayangkan di bawah kategori sinema Asia bersama karya antarabangsa yang lain, terdahulunya, filem ‘Two Sisters’ terbitan Kuman Pictures lakonan Emily Lim dan Mei Fen ini telah menembusi Udine Far East International Film Festival di Itali sebagai ‘International Premiere’ selain telah mencipta kejayaan meraih anugerah Skor Muzik Asal Terbaik untuk Nick Davis di Festival Filem Malaysia ke 30

1

2