Petaling Jaya, 29 Ogos – Resilience Studio Sdn Bhd telah mengadakan satu tayangan perdana filemnya yang bercorak psiko thriller dan jenayah seram berjudul ‘Wangi’ di MM Cineplex eCurve, Damansara hari ini. Filem arahan Mohd Latiff Zami atau lebih dikenali sebagai Yeop Hitler ini memaparkan kisah sebuah keluarga yang bahagia pada pandangan zahirnya, tetapi disebaliknya ia mempunyai rahsia hitam yang tersembunyi. Dengan menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Erra Fazira, Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda dan Syazwan Zulkifly, Wangi bakal menemui penonton di pawagam bermula 5 September 2019. Hadir sama pada tayangan perdana ini ialah Puan Shuhada Mohd, penerbit filem, Yeop Hitler, pengarah filem, barisan tenaga produksi, rakan-rakan artis, penggiat industri dan rakan-rakan media.