Kuala Lumpur, 14 Januari – Pusat Kajian dan Apresiasi Filem dengan kerjasama Kelab Seni Filem Malaysia (KSFM) melalui platform jaringan ilmu dan pembangunan apresiasi sinema bersama komuniti filem, wayang@budiman terus aktif dengan penganjuran tayangan dan eksplorasi sinema dunia di HELP College of Arts and Technology Theatrette 2, Kuala Lumpur menerusi filem ‘Song Of The Exile’ (1989).

arahan Ann Hui ini memaparkan kisah hubungan di antara ibu dan anak yang kompleks dengan imbasan episod-episod keluarga sekitar 1950-an di Macau dan 1960-an di Hong Kong serta hari-hari terakhir Perang Dunia 2 di Manchuria. Filem yang dibintangi Maggie Cheung, Siu-Kwong Chun,Tan Lang Jachi Tian dan ramai lagi ini juga meraih perhatian pengkritik dengan kejayaan meraih anugerah bagi kategori ‘Best Film Award’ di Asia Pacific Film Festival (1990) dan ‘Best Original Screenplay’ di Golden Horse Film Festival (1990).

Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) UiTM, khalayak yang hadir seperti pensyarah dan pelajar perfileman serta komuniti filem telah meneroka aspirasi, nilai, falsafah, pemikiran dan impak pembikinan serta penontonan melalui perspektif mereka dengan filem ini.