Shah Alam, 16 November – Pusat Kajian dan Apresiasi Filem menerusi Program Tayangan dan Bual Santai Wayang@Budiman di Shah Alam kali ini terus hadir meneroka perspektif ilmu dan pembangunan apresiasi sinema menerusi Slot Rempah Ratus Mani Ratnam dengan tayangan filem ‘Iruvar’ (1997) arahan pengarah tersohor India, Mani Ratnam sebagai ‘auteur’ dengan identiti karyanya yang mencipta nilai sinematiknya dengan nilai hiburan komersial dan kezaliman neratif sinema popular dengan realiti sosio-politik di India.

‘Iruvar’ yang meneroka spektrum ideologi, konflik dan emosi yang melatarari naratif mengenai perjuangan individu dan impak dimensi politik mereka, filem yang dibintangi Mohanlal, Aishwarya Rai, Prakash Raj, Gautami, Tabu, Revathi dan ramai lagi ini juga meraih perhatian pengkritik dengan kejayaan meraih anugerah di Belgrade International Film Festival (1997), Filmfare Awards South (1997), National Film Awards India (1998) selain tersenarai sebagai ‘1000 greatest films of all time’ oleh British Film Institute Sight and Sound pada tahun 2012.

Program yang diterajui Dr. Norman Yusoff, Ketua Program Pasca Siswazah, Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) UiTM ini telah dihadiri oleh pensyarah dan pelajar perfileman serta komuniti filem yang turut berkongsi pandangan dan perspektif mereka terhadap filem ini.