Kuala Lumpur Sentral, 24 Februari 2015 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menubuhkan pusat sehenti komuniti seni untuk menjadi penghubung antara pengkarya seni, penerbit dan penyedia dana. Dikenali sebagai Pusat ‘Pitching’ ia akan beroperasi bermula Mac ini untuk memacu pembangunan industri kandungan kreatif tempatan.

YB Menteri KKMM, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah meluangkan masa beliau melawat pusat ‘pitching’ tersebut bertempat di Platinum Sentral, KL Sentral yakin pusat yang akan dilengkapi pelbagai kemudahan itu akan menfaatkan penggiat bidang perfileman, drama ringkas, muzik dan pengiklanan.

Pusat berkenaan akan di uruskan secara bersama oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Pusat ini yang dibina menggunakan dana kerajaan dan beberapa agensi swasta itu dilengkapi auditorium, studio berita serta radio, selain bilik persidangan video.

Teks : Nik Salwa Nik Mohamed Aman

Jurufoto : Shahriman Jimin

Unit Komunikasi Korporat