FINAS dengan rasa sedih dan dukacita ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga pelakon, penyanyi dan tenaga produksi, Allahyarham Khuzami Ismail atau lebih dikenali sebagai Kumin KU2, 49, yang telah meninggal dunia pada hari Khamis, 3 September 2020. YBrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi FINAS telah turut hadir menziarahi jenazah dan memberikan penghormatan terakhir. Semoga Allahyarham ditempatkan oleh Allah SWT di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman Al-Fatihah.