Di dalam insiatif menghubung rakyat dan membina masyarakat bermaklumat serta pembangunan komuniti kreatif, FINAS melalui Bahagian Pemasaran telah menyertai Program Kunjungan Kembara Jalinan Kasih Strategi Lautan Biru Kebangsaan – Menghubung dan Menyatu (NBOS-CTU) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) di Padang SMK Tamu Darat, Kota Belud, Sabah yang berlangsung dari 13-15 April 2018.

Di antara pengisian interaktif yang diadakan di booth FINAS termasuklah eksplorasi bakat, pameran organisasi dan perkhidmatan merangkumi teknologi audio visual dan khazanah ilmu, kuiz perfileman selain tayangan dokumentari terbitan FINAS. Turut bersama-sama hadir menyokong program di booth FINAS ialah pelakon kelahiran Sabah, Lia Natalia.
Sementara itu, program Connecting the Unconnected (CTU) adalah merupakan inisiatif dan aspirasi kerajaan untuk transformasi penyampaian perkhidmatan melalui jaringan pembangunan telekomunikasi dan internet ke kawasan-kawasan luar bandar dengan dirasmikan YB Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM, YBhg. Dato Fauzi Ayob Ketua Pengarah FINAS, YBhg. Dato Azmir Saifuddin Mutalib Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) FINAS, YBhg. Dato’ Haji Ibrahim bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, YBhg. Datuk Tiyunin Jeman, Ahli Perbadanan FINAS, dan Puan Subaidah Mat Top, Pengarah Bahagian Kreatif dan Teknikal FINAS, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi dan masyarakat setempat.