Hulu Kelang, 7 Disember – Sebanyak 15 buah syarikat produksi tempatan dengan 17 judul filem telah menerima Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) bagi suku terakhir tahun 2017 di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS hari ini. Penyerahan ITFC pada kali ini yang berjumlah RM 1.019 juta telah diberikan kepada 15 buah syarikat produksi filem tempatan di Malaysia yang menerbitkan 17 buah filem cereka melalui tayangan di bawah Skim Wajib Tayang.

Di dalam ucapannya semasa program tersebut, Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Fauzi Ayob menyatakan keprihatinan kerajaan melalui FINAS dengan peruntukan ITFC sebanyak RM 5.398 juta sepanjang tahun 2017 bagi 56 buah filem terbitan 46 buah syarikat produksi. “Sejajar dengan inisiatif FINAS bagi merancakkan pembangunan penerbitan filem tempatan, insentif ini diharapkan menyuntik para penerbit untuk terus berjuang menghasilkan karya-karya berkualiti yang mampu menarik penonton ke pawagam” ujar beliau.
Majlis ini turut dihadiri oleh Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, Tuan Haji Mohd Zulkifli Ab Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Produksi dan Teknikal dan juga Tuan Haji Khalid Maulod, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri serta para penerbit filem.

SENARAI JUDUL FILEM YANG MENERIMA INSENTIF ITFC (BAYARAN PADA DISEMBER 2017)
1. SKOP PRODUCTIONS SDN BHD
Abang Long Fadil 2
2.ASTRO SHAW SDN BHD
You Mean the World To me
Kimchi untuk awak
3. IDEA ENTERTAINMENT SDN BHD
Money Money Home
4. PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD
Lebuhraya ke Neraka
Kau Takdirku
5. TOUCHTRONICS ENTERTAINMENT SDN BHD
Mayangaathey
6. AIFA MOTION PICTURES SDN BHD
Minah Moto
7. WORLD EVOLUTION BRAIN (M) SDN BHD
Malay Regiment
8. FULL BILLION ENTERTAINMENT
Therapist
9. JHANGRI PRODUCTION HOUSE SDN BHD
Jhangri
10. MIG PICTURES SDN BHD
Kolestrol Vs Cinta
11. BOSS PICTURES SDN BHD
Mama Machan
12. ELEMENTS PICTURES (M) SDN BHD
Balun
13. SB PRODUCTION SDN BHD
Puthiya Payanam
14. GENIUS PARADE SDN BHD
Kamar Seksa
15. EXPLOSIVE MAGIC SDN BHD
Hijabista Ballet