Sebanyak 23 buah syarikat produksi tempatan dengan 33 judul filem menerima Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) di ibu pejabat Finas Hulu Kelang, Selangor pada 29 Disember 2016.
Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) bagi tahun 2016 berjumlah RM 2,11 juta itu diberikan kepada 23 buah syarikat produksi filem tempatan di Malaysia yang menerbitkan 33 filem cereka bagi tayangan di pawagam dalam tempoh setahun. Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Pengerusi FINAS ketika berucap di majlis tersebut berkata,’ITFC merupakan insentif kerajaan melalui FINAS kepada penggiat industri kreatif yang aktif menerbitkan dan menayangkan filem mereka di pawagam. Ia sebagai galakan dan suntikan kewangan kepada penerbit filem tempatan sekaligus sebagai pemangkin kepada para penerbit bagi menghasilkan filem berkualiti untuk pasaran domestik dan antarabangsa seterusnya membina jaringan pemasaran di peringkat global.

Tambahnya lagi, beliau berharap pada tahun 2017, lebih banyak filem berkualiti dapat dihasilkan oleh para pembikin filem di Malaysia. Majlis yang turut mengumumkan Ketua Pengarah Finas dan Timbalan Ketua Pengarah Finas yang baharu itu juga dihadiri beberapa penerbit filem, ahli ahli perbadanan Finas, para presiden persatuan perfileman, rakan-rakan media dan warga industri filem kreatif.

SENARAI 23 SYARIKAT PRODUKSI TEMPATAN YANG MENERIMA ITFC 2016.

SKOP PRODUCTION SDN BHD
Munafik
Mat Moto – Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit

THE FILM ENGINE SDN BHD
Huat The Fish (Mandarin)

FILMSCAPE SDN BHD
Juvana 3

MIG PICTURES SDN. BHD
Volkswagen Kuning
Zack Kapchai
Kipidap! Selamatkan Hari Jadi

SKT STUDIOS SDN BHD
Seventh (Mandarin)

DREAMTEAM STUDIO SDN BHD
The Cage (Mandarin)

ASIA TROPICAL FILMS SDN BHD
Kungfu Taboo (Mandarin)
The Noise (Mandarin)
Find My Dad (Mandarin)
Death Trip (Mandarin)

12 B SDN BHD
Wira Wah (Mandarin)

VIKADAKAVI PRODUCTIONS SDN BHD
Geethaiyin Raadhai (Tamil)
CURRENT PICTURES SDN BHD
Redha

MANGKIN PRESTIJ SDN BHD
Pelepas Saka

JUST WORK ENTERTAINMENT SDN BHD
Behind The Scene (Mandarin)

PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD
Pekak

ONE BORNEO FILM PRODUCTIONS SDN BHD
Girl’s Generation (Mandarin)

REDRIBBON EXPERIENCES SDN BHD
Chinese Ghost Story (Mandarin)

CAO MIN PICTURES SDN BHD
Old Town Story (Mandarin)
Road Of Enlightenment (Mandarin)

POSITVE FILM SDN BHD
Lu Mafia, Gua Gangster

MICO STUDIO (M) SDN BHD
Kampung Drift

SPS JAYA SDN BHD
Coverina
Harmonika

GENIUS PARADE SDN BHD
Selfie Suara Kubur
Jendela
Papa’s Shoe (Mandarin)

ZAZEN DESIGN & PRODUCTION SDN BHD
Temuan Takdir

CAHAYA DJ PICTURES SDN BHD
Usin UFO

JANU TALKIES SDN BHD
Biasan

© 2016 Finas Media, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia.