Hulu Kelang, 9 Ogos – Sebanyak 9 buah syarikat produksi tempatan dengan 9 judul filem menerima Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) bagi suku kedua tahun 2017 di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS hari ini.

Penyerahan Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) untuk suku kedua tahun 2017 kali ini berjumlah RM 0.58 juta diberikan kepada 9 buah syarikat produksi filem tempatan di Malaysia yang menerbitkan 9 filem cereka yang ditayangkan di bawah Skim Wajib Tayang. Penyerahan ITFC ini merupakan inisiatif pihak kerajaan dalam membantu pembangunan industri kandungan kreatif negara.
Sesi penyampaian ITFC telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS. Turut hadir sama En. Zahrin Aris, Pengerusi Jawatankuasa Skim Wajib Tayang, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, Tuan Haji Mohd Zulkifli Ab Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Produksi & Teknikal, para penerbit filem dan tetamu jemputan.

SENARAI 9 SYARIKAT PRODUKSI TEMPATAN YANG MENERIMA ITFC

PRIMEWORKS STUDIOS SDN BHD
J Revolusi

MIG PICTURES SDN. BHD
Hospital

TANGAN SENI SDN. BHD
Kanang Anak Langkau “The Iban Warrior”

TANAH LICIN SDN. BHD
Hanyut

FILM MECCA STUDIO SDN. BHD
Adiwiraku

TSAR ASIA SDN. BHD
Aku Haus Darah Mu

HOORAY MOVIES SDN. BHD
New Year Wish

RAINFILM SDN. BHD
Kecoh! Primadona Kena Hantu

LOYAL STUDIOS
Sindiket