berita1
#LensaFINAS
Petaling Jaya, 6 November 2025 – YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, mengadakan lawatan kerja ke Technica Studio di Petaling Jaya.
Sesi ini memberi ruang perbincangan berhubung pelan strategik pembangunan bakat muda dalam bidang pasca produksi, selain meneliti keperluan industri bagi memperkukuh ekosistem teknikal dan kreatif negara.
FINAS terus membuka peluang kolaborasi melalui penyediaan fasiliti Digital Mix Stage kepada syarikat produksi bagi meningkatkan mutu penataan bunyi filem tempatan. Pada masa sama, FINAS sentiasa mengambil maklum balas berkaitan keberkesanan pelaksanaan dana khususnya Dana Pasca Produksi, agar bantuan tersebut sampai dan memberi impak kepada syarikat-syarikat tempatan.
Tahniah diucapkan kepada Technica Studio atas kejayaan merangkul dua (2) anugerah di FFM34 bagi kategori Penataan Bunyi Terbaik dan Penyuntingan Terbaik.
#KementerianKomunikasi
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#LensaFFM34
#KaryaKreatifSinemaDinamik