Kuala Lumpur, 12 Mei – Kuala Lumpur Film School (KLFS) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) terus berganding bahu menganjurkan program apresiasi filem tempatan dan ASEAN melalui sesi Bicara Filem bersama pengarah filem, U-Wei HjSaari dan tetamu undangan, seorang penulis yang juga Ahli Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur dan Anggota Sidang Komuniti Titiwangsa, En. Daniyal Kadir dengan tayangan dan apresiasi filem cereka dari Negara Thailand iaitu ‘The Island Funeral’ (2015) arahan pengarah wanita Pimpaka Towira.

Program sinergi ilmu dan pembangunan intelektual ini telah meneroka aspirasi, falsafah, ideologi dan nilai di sebalik filem ‘The Island Funeral’ mengisahkan tentang seorang wanita muslim yang berpindah ke selatan Thai bersama abang dan rakannya untuk mencari dan melawat ibu saudaranya yang hilang. Filem yang diilhamkan penulis Kong Rithee dan Pimpaka Towira ini turut memaparkan pemberontakan, isu perbezaan agama dan kedudukan di dalam Negara Thai sendiri.

Dibintangi Heen Sasithorn, Aukrit Pornsumpunsuk dan Yosawat Sitiwong, filem ini telah berjaya memenangi Best Asian Future Film Award di Tokyo International Film Festival 2015, FIPRESCI Award (Hong Kong International Film Festival 2016) dan Silver Hanoman Award (Jogja-NETPAC Asian Film Festival 2016).

Turut hadir di program ini ialah para karyawan filem, ahli-ahli akademik, para penggiat seni serta tetamu jemputan yang lain.

filem 1

filem 2

filem 3

filem 4

filem 5

filem 6

filem 7

filem 8

filem 9

filem 10

filem 11

filem 12

filem 13

filem 14

filem 15