FB_IMG_1628503959871
#LensaNegaraku

1. Perlembagaan
Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan ini telah berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

2. Lagu Kebangsaan
Lagu “Negaraku” telah dicipta pada tahun 1957 dan pemilihan lagu ini dibuat oleh bekas Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Irama lagu “Negaraku” dipetik daripada irama lagu negeri Perak, “Terang Bulan”

3. Rukun Negara
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

4. Jata Negara
Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia yang telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan menggunakan enam warna. Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan.

5. Bendera Malaysia
Pertandingan Mereka Cipta Bendera Kebangsaan telah diadakan pada Mei 1948. Reka Bentuk seorang Arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor, Encik Mohamed bin Hamzah telah mendapat majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950.

6. Bunga Kebangsaan
Pada 28 Julai 1960, Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan. Pemilihan bunga raya sebagai Bunga Kebangsaan kelihatan begitu tepat kerana lima kelopak yang ada padanya melambangkan lima pecahan prinsip Rukun Negara dan bunga ini juga dilambangkan sebagai bunga perpaduan.

Sumber: malaysia.gov.my

#MalaysiaPrihatin
#HKHM2021
#DemiNegara
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua