Kota Damansara, 24 Julai – Tayangan perdana filem animasi arahan Nizam Abd Razak, Boboiboy The Movie 2 telah diadakan di Strand Mall, Kota Damansara semalam. Filem cereka animasi terbitan Animonsta Studios dengan kerjasama Astro Shaw ini merupakan kesinambungan filem Boboiboy Galaxy yang telah mencapai kutipan sehingga RM 18 juta pada tahun 2016 yang lalu. Membawakan gabungan elemen adiwira, pengembaraan dan komedi, filem yang bakal ditayangkan pada 8 Ogos di seluruh pawagam tanah air ini akan turut menembusi tayangan antarabangsanya di Thailand, Filipina, Kazakhstan dan Korea Selatan. Turut hadir pada tayangan ini ialah Encik Nizam Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta, Ahli- ahli Perbadanan FINAS, penerbit filem, barisan tenaga produksi, penggiat industri dan rakan-rakan media.

2

3

4

5

6

7

8