Wangsa Walk, 1 Jun 2015 – Kelab Sukan & Sosial FINAS sekali lagi telah menganjurkan pertandingan boling diantara ahli-ahli kelab bertempat di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju. Pertandingan tersebut yang telah dihadiri seramai 80 orang ahli kelab berlangsung dengan meriahnya dengan bertemakan warna oren. YBhg. Ketua Pengarah telah melapangkan diri untuk Majlis Perasmian Pertandingan Boling tersebut.

Pertandingan boling ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara ahli-ahli kelab sekaligus menjadikan salah satu acara tahunan bagi KSSF. Seramai 20 pemenang diberi hadiah saguhati serta 3 pemenang utama diberikan wang tunai. Acara diakhiri dengan sesi pemberian hadiah serta sesi bergambar bagi semua peserta yang menyertai.

 

Teks        : Nik Salwa Nik Mohamed Aman
Foto         : Zaharah Jeffery