Kuala Lumpur, 21 Mac 2015 – Filem-filem Underground di Kuala Lumpur telah berlangsung di Dataran Underground bertempat di Plaza Dataran Merdeka pada 21 Mac dan 22 Mac 2015 (Sabtu dan Ahad).

Acara yang berkonsep “Santai” itu telah menarik ramai minat pencinta filem underground untuk hadir memeriahkan suasana. Selain itu, terdapat juga beberapa booth yang menjual dan mempamerkan barangan masing-masing. YBhg Ketua Pengarah telah hadir menjadi moderator bagi sesi soal jawab untuk Forum Filem.

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Festival Filem Malaysia ke-27 yang akan berlangsung tidak lama lagi. FINAS telah membantu menyiarkan sebanyak 9 buah filem pendek pada kedua-dua hari program tersebut.

Teks : Nik Salwa Nik Mohamed Aman
Foto : Shahriman Jimin
Unit Komunikasi Korporat