Telah berlangsung Anugerah Skrip Skrin 2018 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Studio Sound Stage, FINAS sebentar tadi.

Majlis yang gilang gemilang ini diadakan bertujuan untuk meraikan pemenang-pemenang Pertandingan Skrip Skrin 2018 yang telah berlangsung sejak September 2018. Para pemenang kategori Dokumentari, Pesanan Khidmat Awam dan Video Pendek IPTA/IPTS telah berjaya membawa pulang, trofi, sijil dan wang tunai sebagai tanda penghargaan FINAS terhadap usaha mereka mewarnai dan menyuntik idea kepelbagaian dalam industri kreatif tempatan.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Samsuni Mohd Nor, Pengerusi FINAS, YBrs. Tuan Onn Norshal Hamzah, Pengerusi Skim Wajib Tayang dan Ahli Perbadanan FINAS, YBrs. Tuan Mohan Rao Simancha, Ahli Perbadanan FINAS, YBrs. Encik Khairul Azhar (Nik) Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, YBrs. Tuan Haji Khalid Maulod, Pengarah Pembangunan Industri, pengarah-pengarah bahagian FINAS, Pengerusi serta Presiden persatuan perfileman, para penggiat seni, rakan-rakan artis dan media.

Senarai nama pemenang Anugerah Skrip Skrin 2018:

Kategori Dokumentari Kesenian & Warisan:
1. Suryatul Natasya binti Keristifa
Tajuk Skrip: Ragam Tak Bersambut ‘Zapin Pulau’
2. Rohiman bin Haroon
Tajuk Skrip: Mendepani Warisan Seni Negara yang Hilang
3. Kalijahwati binti Md Kassim
Tajuk Skrip: Permainan Tradisional Gasing
Saguhati: Juliana Bangot
Saguhati: Mohamad Husri bin Husain
Saguhati: Tan Chuan Ling
Saguhati: Rahimah binti Muda
Saguhati: Zulkefli bin Aini

Kategori Dokumentari Sejarah & Tokoh:
1. Shahrul Azli bin Mohd Shukor
Tajuk Skrip: Dari Colombo ke Jalan Utara, Kisah Zain Hussain
2. Ahmad Muzzamil bin Abdul Rahman
Tajuk Skrip: Sang Diplomat-Kisah Hidup Tun Dr. Ismail
3. Haironizan bin Mohd Idris
Tajuk Skrip: Wira Tak Didendang
Saguhati: Rahimah binti Muda
Saguhati: Kamarol Azman bin Omar
Saguhati: Johan Ariffin bin Ibrahim
Saguhati: Kamaruddin bin Mohamed Bakhari
Saguhati: Dr. Bambang Suhartono bin Mohd Said

Kategori Dokementari Pemuliharaan Hidupan Liar:
1. Abdul Hamid Abdullah
Tajuk Skrip: Enggang Unik Sabak Bernam
2. Christine Lee Mei Chin
Tajuk Skrip: Si Batik Penyu Karah
3. Farizie bin Morinding
Tajuk Skrip: Beruang Madu Borneo
Saguhati: Anuar bin Che Embi
Saguhati: Mohamad Yusob bin Ismail
Saguhati: Noor Amira Aini binti Noor Anwar
Saguhati: Yusainiza binti Paul Mohd Yusof
Saguhati: Noor Linda binti Mohd Said

Kategori Pesanan Khidmat Awam:
1. Mohd Farizullah bin Othman
Tajuk Skrip: Balik Kampung
2. Shunmugam a/l Karuppannan
Tajuk Skrip: Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu
3. Muhammad Naim Najwan bin Md Yusof
Tajuk Skrip: Teknologi untuk Perpaduan
Saguhati: Wan Mohd Rafiq bin Wan Shamsul Kamal
Saguhati: Gulam Shaffi Khan bin Gulab Khan
Saguhati: Laqman Al-Jefri bin Tarikh
Saguhati: Nur Fatin Izzati binti Marzuki
Saguhati: Zairol bin Kamaruddin

Kategori Khas Video Pendek IPTA/IPTS
1. Muhammad Hafizuddin bin Mat Salleh
Tajuk Skrip: Along
2. Romli bin Md Akin
Tajuk Skrip: Jasa Tun Tuah
3. Siti Munirah binti Zakaria
Tajuk Skrip: Ketibaan
Saguhati: Nurhikma binti Juni
Saguhati: Mohamad Aiman bin Nordin
Saguhati: Khairiah Nabila binti Abdul Ghani
Saguhati: Fatin Nazirra binti Roslan
Saguhati: Siti Munirah binti Zakaria

Anugerah Lensa Emas: YBrs. Encik Shaharoom Shahaban