#LensaFINAS

“Enam puluh lima syarikat produksi terpilih menerima bantuan Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM20.9 juta, bagi fasa kedua, tahun ini.Dana itu disalurkan bagi penerbitan empat produk kandungan iaitu drama bersiri yang bakal diterbitkan 15 syarikat produksi; telefilem (14 syarikat); rancangan hiburan (21 syarikat) dan majalah (15 syarikat).”

“Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berharap dana itu mampu memberi suntikan penerbit yang
terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19.”

“Inisiatif PELAKSANA DKD bertujuan menjana semula ekonomi industri kreatif dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui kerjasama dengan pihak swasta. Ini membabitkan stesen televisyen (TV) dan penyiaran tempatan iaitu Media Prima Berhad (MPB), Astro, TV-Alhijrah dan Sarawak Media Group (SMG).”

Kredit : Berita Harian

facebook_1613123838168_6765931766925942518