Hulu Kelang, 12 April – YBhg. Dato’ Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS hari ini merasmikan dan menyampaikan cek Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) kepada 12 buah syarikat produksi tempatan bagi suku pertama tahun 2018 di Majlis Penyampaian Insentif Tayanga Filem Cereka (ITFC) di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS petang tadi.

Penyerahan Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) pada kali ini adalah berjumlah sebanyak RM 809,461.57 diberikan kepada 12 buah syarikat produksi yang telah berjaya menerbitkan 12 buah filem cereka yang ditayangkan di bawah Skim Wajib Tayang. Menurut Dato’ Fauzi, penyerahan ITFC ini merupakan inisiatif pihak kerajaan dalam menggalak pembangunan industri kandungan kreatif negara. Tambah beliau, pihak kerajaan melalui FINAS sentiasa peka dan memandang serius terhadap perkembangan industri dalam arus perdana kini.

Majlis ini turut dihadiri Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan FINAS, Tuan Haji Mohd Zulkifli Ab Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Produksi & Teknikal FINAS, En. Zahrin Aris, Pengerusi Skim Wajib Tayang merangkap Ahli Perbadanan FINAS, Tuan Hj Abd Khalid Maulod, Pengarah Pembangunan Industri, para penerbit filem dan penggiat industri.