FINAS ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada aktres Maya Karin yang telah mengharumkan nama negara apabila menerima pengiktirafan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem & TV Ramsgate yang berlangsung pada 11 hingga 14 Jun lalu di Ramsgate, England menerusi filem lakonannya Olympic Dream arahan Don Hoe. Diterbitkan Full Billion Entertainment Sdn Bhd yang berpangkalan di Pulau Pinang, Maya telah memberi lakonan berkesan sebagai Fatimah yang mendorong anak jagaannya, Anna Wong mengejar impian menjadi seorang pemain badminton negara dan bertanding di Olimpik. Terdahulunya, filem itu juga pernah merangkul anugerah Filem Rencana Terbaik di Festival Filem Simply Indie dan di Anugerah Sinematografi Kanada serta Filem Keluarga Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kinoduel.

FINAS MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA AKTRES MAYA KARIN