Kuching, 25 April – Di dalam aspirasi pembangunan industri menerusi platform kerjasama strategik dan jaringan sinergi dua hala, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS hari ini telah membuat kunjungan di Sekolah Seni Malaysia Sarawak. Selaras dengan aspirasi FINAS untuk pembangunan modal insan kreatif untuk generasi muda seawal usia muda, Ketua Pegawai Eksekutif di dalam ucapannya turut menyatakan kepentingan pembudayaan apresiasi sinema melalui pembangunan komuniti filem pelbagai peringkat yang berpotensi diperkasakan dari peringkat sekolah.Turut hadir Ahli Perbadanan FINAS merangkap Pengerusi Skim Wajib Tayang, YBrs. En. Onn Norshal Hamzah dan YBrs. Pn. Pendi Ak Sadi, Pengetua Sekolah Seni Malaysia Sarawak.