Petaling Jaya, 20 September- Beraspirasikan penerbitan filem seram dan thriller dengan pembiayaan rendah, syarikat produksi Kuman Pictures telah dirasmikan dan diperkenalkan kepada pihak media hari ini di Platinum Movie Suites, mmCineplexes, eCurve. Melalui ucapan pengarah urusannya, En. Amir Muhammad yang turut menyentuh mengenai manifesto syarikat produksi tersebut merangkumi visi, sasaran, halatuju dan genre penerbitan, Kuman Pictures yang diilhamkan dari (Roger) Corman yang menerbitkan lebih 400 filem di Amerika Syarikat yang sering dikelaskan sebagai picisan/sensasi, ia memberi motivasi kepada Kuman Pictures untuk mengambil semangat dan kesungguhan bagi terus menjana penerbitan filem-filem tempatan berkualiti melalui penerokaan genre seram dan thriller.

Di majlis yang sama juga, Kuman Pictures telah turut berkongsi dengan khalayak berkaitan usaha penerbitan tiga filem pertama mereka iaitu TWO SISTERS (bahasa Mandarin) arahan James Lee; ROH (bahasa Melayu) arahan Emir Ezwan; dan IRUL / GHOST HOTEL (bahasa Tamil) arahan MS Prem Nath yang dijangka ditayangkan pada tahun 2019.