Petaling Jaya, 29 Ogos – Di dalam aspirasi pembangunan industri menerusi platform kerjasama strategik dan perhubungan antarabangsa, YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS telah menerima kunjungan dan mengadakan pertemuan rasmi bersama Lembaga Sensor Filem Republik Indonesia, Pusat Pengembangan Perfilman (Pusbangfilm) dan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia yang diketuai YBrs. En. Ahmad Yani Basuki, Ketua Lembaga Sensor Filem Republik Indonesia. Platform komunikasi strategik di antara kedua-dua negara ini turut memberi ruang kepada perkongsian polisi, tadbir urus dan ekosistem kedua-dua buah negara. Turut hadir YBrs. En. Panchacharam a/l P.Nalliah, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia dan YBrs. En Zahrin Aris, Setiausaha Persatuan Penerbit Filem Malaysia.