#LensaFINAS
Petaling Jaya, 28 Januari 2023 – YBrs. Prof Dr. Md Nasir bin Ibrahim hadir ke Malam Gala filem ‘Harum Malam’ yang di adakan di GSC Starling Mall, Damansara.

Filem genre seram yang mendapat pembiayaan Dana Kandungan Digital (DKD) ini diterbitkan oleh Apparat dengan kerjasama D’Ayu Pictures dan Skop Production menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud dan Faizal Hussein. Filem ini turut memperkenalkan bakat-bakat muda yang menyinar iaitu Idan Aedan, Arnie Shasha dan Angelica Petra.

Pengarah filem tersohor, Dain Said menyajikan kisah pergelutan hidup Iqbal, seorang remaja dan pelatih perubatan tradisional yang mampu melihat makhluk ghaib pada mata kasar manusia. Keupayaan luar biasa ini mengakibatkan Iqbal sering diganggu makhluk dan ancaman dari dunia alam ghaib sehingga sukar untuk Iqbal membezakan antara realiti dan ghaib. Filem ini bakal menemui peminat filem tanah air pada 9 Februari 2023.


#FilemKitaCitraKita

#FINASMalaysia

Harum Malam 2

Harum Malam 3

Harum Malam 1