372647220_842561673907924_6996393101241952812_n
#LensaNegaraku
KOTA KINABALU, 31 OGOS 2023-Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 disambut penuh gilang-gemilang dengan pelbagai persembahan menarik termasuk upacara menaikkan bendera Malaysia dan menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku. Acara yang berlangsung di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, Kota Kinabalu, Sabah ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan koir yang menyanyikan Lagu Sabah Maju Jaya (SMJ), Lagu Integriti, Malaysia Madani dan Jalur Gemilang.
Sambutan yang disaksikan oleh ribuan pengunjung itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni. Di samping itu, turut menghadiri sambutan Hari Kebangsaan pada kali ini adalah Ketua Menteri Sabah iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor dan isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag, Menteri Kewangan Negeri Sabah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 iaitu YB. Datuk Seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun serta diiringi oleh barisan Kabinet negeri Sabah.
Di samping itu, sambutan pada tahun ini juga menyaksikan pembabitan perarakan kenderaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2023 (KMJG2023) yang turut memeriahkan suasana dengan kehadiran sebanyak 19 buah kenderaan dari pelbagai agensi dan jabatan seperti FINAS, Jabatan Penerangan, BERNAMA, RTM, Pos Malaysia, Telekom Malaysia, SKMM, JPJ, PDRM serta rakan strategik Jabatan Penerangan iaitu FUMA Group.
#TekadPerpaduanPenuhiHarapan
#FINASMalaysia
#FilemKitaCitraKita
#MalaysiaMADANI