#LensaFINAS



Petaling Jaya, 12 Januari 2023 – YBrs. Prof. Dr. Md Nasir bin Ibrahim hadir ke Malam Gala filem ‘Duan Nago Bogho’ yang di adakan di GSC Starling Mall, Damansara.
Buah tangan terbaru Sabri Yunos kali ini menggabungkan seni tradisional Kelantan dan aksi menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti YBhg. Dato Rosyam Nor, Asrul Faizal, Jojo Goh, Saidi Sabri, Sangeeta Krishnasamy, Issey Fazlisham serta ramai lagi. Filem terbitan Kalamariff Holdings Sdn Bhd ini bakal menemui peminat filem tanahair pada 19 Januari 2023.

#FilemKitaCitraKita
 #FINASMalaysia

news1