Putrajaya, 7 Julai-YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS mewakili badan peneraju industri (ILB) industri kreatif telah hadir di program jaringan industri (working dinner) bersempena TVET Conference 2019 yang disempurnakan tetamu kehormat, YB Tuan M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia di Hotel Marriot, Putrajaya dan turut dihadiri Duta TVET 2019, Yusry Abdul Halim. Bertemakan ‘Human Capital Development To Enhance Future Skills Agenda’, program yang berlangsung dari 8-9 Julai ini memberi fokus kepada revolusi dan ekosistem pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) di mana Ketua Pegawai Eksekutif FINAS bersama-sama Ketua-Ketua Eksekutif pelbagai sektor yang lain akan berkongsi aspirasi dan halatuju di dalam dialog dua hala bersama YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.