Sekitar Majlis Iftar Kelab Sukan Sosial FINAS (KSSF) yang diadakan di Dataran Karyawan, Finas Hulu Kelang. Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah merangkap Penasihat KSSF, YBhg. Dato’ Fauzi Ayob. Turut hadir sama Presiden KSSF, YBrs. En. Abd Halim Haji Anen, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Finas, YBhg Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, ahli-ahli KSSF serta keluarga. Turut diraikan pelajar-pelajar tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.