Program: Majlis Penutup Bengkel Perfileman Bersepadu Peringkat Lanjutan anjuran FINAS – Pengarahan, Lakonan, Teknik Kamera, Penyuntingan Naratif, Pengurusan Produksi & Solekan Kesan Khas
Tarikh : 10 November 2019
Perasmian oleh : YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS
Lokasi : Corus Paradise Resort, Port Dickson
Seliaan: Unit Latihan Industri FINAS

Objektif: 1. Pembangunan modal insan merangkumi pemerkasaan kemahiran, profesion dan jaringan ilmu pelapis industri seramai 70 orang bersama karyawan profesional sebagai mentor dan tenaga pengajar melalui latihan intensif secara teori dan praktikal di fasa pra produksi, produksi dan pasca produksi dari 3-10 November 2019.

2. Pembangunan kandungan di mana para peserta dalam bengkel Pengarahan, Lakonan, Teknik Kamera, Penyuntingan Naratif, Pengurusan Produksi & Solekan Kesan Khas ini telah bergabung sebagai pasukan produksi yang telah menghasilkan dua produk filem cereka pendek iaitu ‘Asmara Malam Valentine’ dan ‘Lupa’, hasil dua skrip terbaik Bengkel Penulisan Skrip Siri 2 FINAS sebelum ini di bawah tenaga pengajar, Nik Amir Mustapha.

Barisan Tenaga Pengajar dan Pembantu:
1. Pengarahan – Ghaz Abu Bakar bersama Syed Hussein
2 . Lakonan – Hasnul Rahmat bersama Faris Nordin
3. Teknik Kamera- Raja Mukhriz bersama Filus Ghazali
4. Penyuntingan Naratif – Isazaly Mohamed Isa bersama Faizzah Erna
5. Pengurusan Produksi- Imillya Irwani bersama Faiz Musa
6. Solekan Kesan Khas – Zulkifli Mohamad Zali (JloZali) bersama Hafizamie Roslam