Hulu Kelang, 7 September – Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. Encik Ahmad Idham Ahmad Nadzri hari ini telah menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Perfileman anjuran Unit Latihan Industri FINAS bertempat di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS, Hulu Kelang. Memberi fokus kepada pembangunan kemahiran, profesion dan jaringan ilmu kumpulan sasar merangkumi penggiat industri dan komuniti filem, beberapa bengkel telah diadakan oleh FINAS pada bulan Ogos dan September bersama barisan tenaga pengajar yang juga pemenang anugerah yang diiktiraf merangkumi Bengkel Teknik Kamera (Pertengahan) pada 5-9 Ogos 2019 bersama Indra Che Muda, Bengkel Pengarahan (Pertengahan) bersama YM Raja Mukhriz pada 26-30 Ogos, Bengkel Penyuntingan Naratif (Pertengahan) dengan kerjasama MSI Malaysia pada 26-30 Ogos bersama Isazaly Isa dan Bengkel Penulisan Skrip (Siri 1) bersama Nik Amir Mustapha yang telah diadakan pada 3-7 September yang lalu.