Hulu Kelang, 22 Jun-Sekitar majlis perasmian penutup dan penyerahan sijil kursus pembangunan latihan perfileman untuk penggiat muda industri filem tamil tempatan anjuran Persatuan Kebudayaan Seniman Sivaji Kedah yang disempurnakan oleh YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS Hulu Kelang. Dianjurkan dengan kerjasama FINAS di bawah strategi pembangunan modal insan dan komuniti perfileman yang telah diadakan di Sungai Petani, Kedah, program ini turut dihadiri oleh Dr.Latcha Perrabu, Pengerusi SIVAJI, barisan juri filem pendek, Dr. Vimala Perumal, En. Prem Nath dan En. Logan selain sokongan karyawan filem, Denes Kumar dan penerbit Francis Silvan.