Kuala Lumpur, 21 Mac – Malam Gala Filem ‘Kimchi Untuk Awak’ terbitan Astro Shaw dan Darkwave Pictures arahan sulung Michael Ang telah diadakan malam tadi di pawagam GSC Pavillion, Kuala Lumpur. Berdasarkan adaptasi novel Kimchi Untuk Awak karya Suri Ryana, filem komedi romantik ini dibintangi oleh Aiman Hakim Redza, Janna Nick, Emma Maembong, Natasha Elyzza, Ungku Hariz, Normah Damanhuri, Dira Abu Zahar, Chew Kin Wah, Mandy Chong dan Sharifah Sakinah 30 Mac 2017.