Kota Kinabalu, 15 September – Majlis Penutup Program Negaraku : Kreativiti@Komuniti (Program K@K) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan kerjasama FINAS dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini berakhir dengan sesi penyampaian sijil penyertaan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Kandungan, En. Nik Kamaruzzaman kepada para peserta.

Bengkel Pengarahan & Penerbitan ini telah dikendalikan tenaga pengajar jemputan Ghaz Abu Bakar, yang juga seorang Pengarah Filem Box Office Polis Evo, Pekin Ibrahim; Pelakon Lelaki Terbaik FFM 28, dan Raja Mukriz Raja Ahmad Kamaruddin; Sinematografi Terbaik FFM 23. Turut ditayangkan filem pendek Pagari Bulan di akhir sesi bengkel. Turut sama hadir dalam majlis tadi ialah Timbalan Ketua Pengarah Produksi & Teknikal FINAS, Tuan Hj Mohd Zulkifli Ab. Wahab, Pengarah Kreatif & Produksi, Puan Hajah Subaidah Md.Top, Professor Madya Dr.Zairul Anuar Mohd Dawan, Pensyarah Kanan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS dan Ketua Penolong Pengarah Latihan, Cik Habibah Zainal Abidin.